Ahad, 17 Januari 2016

Gotong-royong awal tahun di prasekolah SK Samarahan Estate, Serian.

           Tanggal 2 Januari 2016 telah menjadi titik permulaan bagi awal tahun ini.   Pada tanggal ini aku bersama-sama dengan ibu bapa murid prasekolah SK Samarahan Estate, Serian telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti gotong- royong di prasekolah sekolah ini. 

          Sebagai guru pra di sekolah ini aku telah mengatur semua perjalanan aktiviti gotong-royong ini.  Di antara tugasan yang biasa dilakukan dalam gotong-royong adalah seperti membersih kawasan dalam dan luar prasekolah. Walaupun sebenarnya tiada kekotoran (telah dilakukan oleh tukang cuci sekolah ) namun bagi tujuan mengeratkan ikatan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa perkara ini diteruskan juga.  Aktiviti lainnya adalah seperti mengecat bahagian luar prasekolah, menebas rumput di kawasan luar prasekolah serta membuat kerusi dan meja bagi kegunaan murid pra memandangkan kami kekurangan kerusi dan meja ( dah minta kat penyelaras prasekolah tapi jawapannya tiada peruntukkan.  Sabar jelah aku).
Ibu-ibu sedang melakukan pembersihan di dalam kelas
                         
              Bermula dari jam 8.00pagi ibu bapa telah sedia menunggu untuk melakukan kerja gotong-royong.  Ada ibu bapa yang datang terlebih awal kerana selepas gotong-royong pergi menghantar anak mereka yang belajar di sekolah menengah berasrama pula. Kebanyakkan pelajar sekolah menengah dari kawasan ini bersekolah di sekolah berasrama memandangkan kedudukan tempat ini agak jauh dari bandar.  Sekolah kami juga sebenarnya adalah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid ( huhu..kuranglah sangat).

Membersih pasu bunga yang berlumut.
                         

             Semua kerja-kerja yang telah dirancang pada hari itu telah dapat dijalankan dengan sempurna dan kerja-kerja membaikpulih segala kerosakkan telah dapat dilakukan dengan semangat kerjasama yang ada pada setiap ibu bapa yang hadir pada pagi itu.
Kerja-kerja gotong-royong pada hari itu telah dilakukan dengan jayanya sehingga menjangkaui jam 11.30pagi. 

En. Malik Manap sedang memotong rumput di sekitar pagar prasekolah.
Kerja-kerja mengubahsuai kerusi untuk kegunaan murid prasekolah ( kasihan terpaksa mengguna kerusi terpakai.)
Nasib baik ada kemahiran bertukang.  Namun ada juga yang jadi pemerhati.
          
Tengoklah tu, bapa Nur Ismah sedang asyik mengecat. Ibu si Nur Aisyah Humairah pula leka mengelap tingkap.


          Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan memberikan kerjasama pada setiap aktiviti pada hari itu.


Sabtu, 16 Januari 2016

Di Sini Sumber Inspirasiku.

Assalamualaikum dunia. 

Akhir aku dapat memiliki blog sendiri.  Tentunya gembira sekali kerana dapat menghasilkan laman blog sendiri.  Sedangkan sebelum ini, hanya membaca dan mencari informasi dari laman blogger lain. Diharapkan dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pandangan mahupun segala bahan yang boleh dijadikan sebagai panduan atau ikutan yang berguna kepada semua pembaca dan diri ini.  

Wassalam......