Ahad, 2 Mei 2021

KEK PILIH KASIH PILIHANKU

 Assalamualaikum wbt. 

     Di tahun dan bulan yang mulia Ramadhan penuh barakah ini, semoga semua rakan pembaca di dalam keadaan sihat walafiat dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.  Diharapkan teman-teman semua sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa dan jangan ingkar segala arahan.  

Beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut bulan Syawal dan diharapkan semua telah membuat persiapan ye, memandangkan kita semua masih dalam proses Perintah Kawalan  Pergerakan Bersyarat (PKPB) /Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan sebagainya. Perlu jaga SOP ya. Walaupun suasananya tidaklah seperti tahun yang telah sudah tetapi apakan daya semuanya terpaksa kita lalui.

Untuk Juadah hari raya tahun ini, salah satu menu kek Sarawak yang agak dikenali di kalangan masyarakat Melayu Sarawak adalah Kek Pilih Kasih.  Golongan yang menggemari kek ini kebanyakkannya ada golongan tua yang tidak begitu menggemari keju (cream cheese). 

Pada kali ini, saya akan menampilkan resipi Kek Pilih Kasih yang menampilkan bijan sebagai bahan utama kek ini.  


KEK PILIH KASIH

Bahan-bahannya:

500gm mentega ( Anchor/Golden churn)

10 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

3 sudu makan browning sugar

500gm bijan- digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan 

200gm milo ( 1 gelas)

180gm kecil serikaya ( tin kecil)

200gm horlick

1/2 tin susu pekat manis

1 gelas tepung gandum

 2 gelas tepung roti marie 

1 1/2 gelas gula halus

1 1/2 gelas kacang tanah ( digoreng tanpa minyak dan diblender)


cara membuatnya:

Mentega dan gula dipukul sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.  kemudian masukkan tepung gandum dan tepung roti marie.  Selepas itu, masukkan horlick, milo,  susu, serikaya, kacang tanah dan bijan. akhir sekali masukkan browning sugar. Gaulkan sampai sebati dan kukuslah selama 4 jam di dalam acuan bersaiz 9x9.






                                                                KEK PILIH KASIH


  Selamat mencuba.