Ahad, 7 Februari 2016

CONTOH KERTAS KERJA CADANGAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SAMARAHAN ESTATE, SERIAN.

       Dalam entri blog saya kali ini, saya coretkan contoh kertas kerja cadangan bagi program perkhemahan bersepadu unit beruniform sekolah yang saya telah  hasilkan bagi aktiviti perkhemahan pada tahun ini.  Para pembaca dibenarkan untuk mengambil bahagian yang sesuai untuk dijadikan contoh dalam kertas kerja yang hendak dihasilkan bagi tujuan yang berkaitan.


KERTAS KERJA CADANGAN BAGI PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SAMARAHAN ESTATE 2016.

1.0  PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang kali dianjurkan oleh pihak sekolah  dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang semakin menjadi di negara kita dewasa ini.  Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara. 
Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate, Serian telah merangka sebuah kertas kerja bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit berunifrm tahun 2016.. Dengan adanya kerjasama dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0  NAMA PROGRAM
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2016, SK Samarahan Estate, Serian.

3.0  MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah
i.  Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
ii.  Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv.  Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0  Objektif
Pada akhir program ini,  para peserta akan dapat:
i.   Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii.  Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut dan mengurus diri sendiri.
iv.  Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan di sekitar mereka dsbnya.

5.0  JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI:
En. Mustapha Hj Reli
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI:
En. Yackub Bin Abdullah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

KETUA PROJEK & PENYELARAS KOKURIKULUM:
En. Yackub Bin Abdullah

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM  :               
En. Damaq Anai         

SETIAUSAHA :                                             KETUA UNIT PENGAKAP:
En. Shazzuwan Zakaria                                     Pn. Suzana Hj Saury

BENDAHARI :                                                 KETUA UNIT PBSM:
Pn. Johani Ameran                                            Pn. Hamkidah Binti Osman
                                                                       
KETUA PERKHEMAHAN:                          PENOLONG KETUA PERKHEMAHAN :
En. Ibrahim Idi                                                  En. Dolyahidi Mat Omar

PERALATAN:
En. Dolyahidi

IBADAH:
En. Shazuwan Zakaria
Cik Nurul Hashikin
Cik Nuridah Binti Battari

DISIPLIN PESERTA:
Pn. Kamisiyah Adom
Semua guru



6.0  AHLI JAWATANKUASA  KECIL
AKTIVITI:                                                                
En. Yackub bin Abdullah
Cik Nuridah Binti Battari
En. Jeremaiah Lingi

KESELAMATAN:                
En. Ibrahim Idi  (ketua)
Jaga sekolah

MAKANAN DAN MINUMAN:                                HADIAH DAN CENDERAMATA:
Pn. Suzanna Hj Saury
Pn. Hamkidah Osman                                                          Pn. Johani Ameran
Pn. Julia Mat                                                                        Cik Nor Suhadah Binti Mohd Jamali
Pn. Fatimah Mat Omar                                                        Cik Nurhafifi Binti Jamari
Cik Deborah Lanying
Cik Siti Normila Binti Solhi                                    PENDAFTARAN PESERTA:
Cik Veronica Semambu                                              Cik Siti Normila Binti Solhi
            Cik Veronica Semambu
DOKUMENTASI:                                                    Cik Deborah Lanying
Pn. Norlaili Dina Abdullah                                        
En. Jeremaiah Linggi                                                 

7.0  BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan pada
i.   Hari            :  Jumaat hingga Sabtu
ii.  Tarikh         :  22- 23 April 2016
iii. Tempat       :  Padang SK. Samarahan Estate, Serian.
iv.  Jurulatih     :  Guru dan kakitangan sekolah.

8.0 SASARAN PENYERTAAN
Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom Pengakap dan  PBSM seramai 30 orang dengan penyertaan 15 orang dari setiap unit.

9.0  BAYARAN PENYERTAAN
Peruntukkan PIBG bagi membiayai segala perbelanjaan:
i.   Aktiviti
ii.  Makan dan minum
iii. Pengurusan  dan lain-lain keperluan


10.0  SENARAI TUGAS
1.  KETUA PROJEK
a.  Membentuk jawatankuasa
b.  Mempengerusikan mesyuarat
c.  Merujuk kepada penasihat

2.  PENOLONG KETUA PROJEK
a.   Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua

3.  SETIAUSAHA
a.  Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b.   Urusan surat-menyurat dan borang

4.  BENDAHARI
a.  Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b.  Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

5.  PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN
a.   Merancang segala pengisian aktiviti.
b.  Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

6.  PERALATAN
a.  Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b.  Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dalam keadaan baik seperti asal.

7.  KESELAMATAN
a.  Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b.  Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c.  Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8.  MAKANAN DAN MINUMAN
a.  Merancang dan menentukan menu makanan
b.  Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c.  Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.


9.  DOKUMENTASI
a.   Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b.  Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c.  Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d.  Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10.  IBADAH
a.   Memimpin para peserta solat berjemaah
b.   Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c.   Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.

11.  HADIAH DAN CENDERAMATA
a.  Menyediakan hadiah dan cenderamata program.

12.  DISIPLIN PESERTA
a.   Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

13.  PENDAFTARAN
a.  Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b.  Menyemak kehadiran berdasarkan nama.

11.0  ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
CATATAN
PENERIMAAN



Bayaran peserta

     RM 2 500.00





PEMBAYARAN




                        


Bayaran Aktiviti
              RM    500.00


Makanan dan minuman
                      1500.00


Sewa khemah dan alatan
                        300.00


Pengurusan perkhemahan dan lain-lain keperluan
                        200.00
    RM 2 500.00




12.0  MENU MAKANAN DAN MINUMAN
(untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)
Jumaat, (22 April 2016)
MENU
CATATAN
Makan tengahari
Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren.

Minum petang
Air milo, roti bun

Makan malam
Nasi putih, daging masak kicap, sayur, air sirap.

Minum malam
Air milo, kuih




Sabtu,(23 April 2016)
Sarapan pagi
Air milo, nasi goreng, telur dada

Minum pagi
Air milo, kuih

Makan tengahari
Nasi putih, ayam masak merah, ikan goreng, sayur , air oren

Minum petang
Air teh, mi goreng, kuih


13.0 TENTATIF PROGRAM
Jumaat,(22 April 2016)
MASA
PERKARA
TINDAKAN
1000-1030 pagi
Pendaftaran
(murid berkumpul di ruang legar sekolah)
AJK Pendaftaran
1100-1230 petang
Taklimat daripada Ketua penyelaras
Ketua penyelaras
1230-1330
Makan tengahari
AJK Makanan
1330-1630
1. Taklimat cara-cara mendirikan khemah.
2.  Mendirikan khemah mengikut kumpulan.
Ketua dan penolong perkhemahan.
Jurulatih.
1630-1700
Minum petang.
Solat
AJK Makanan
AJK Ibadah
1700-1800
Aktiviti Riadah
(mencari harta karun)
Jurulatih
1800-2000
Mandi
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
AJK Ibadah

2000-2100
Makan Malam
AJK Makanan
2100-2200
Aktiviti unggun api
Jurulatih
2200-2230
Minum malam
Tidur
AJK Makanan
AJK Perkhemahan


Sabtu , ( 23 April 2016  )
MASA
PERKARA
TINDAKAN
0500-0700pagi
Bangun, kemas diri
Solat, Kuliah Subuh.
AJK Perkhemahan
AJK Ibadah
0700-0730
Senaman pagi
Jurulatih
0730-0800
Sarapan
AJK Makanan
0800-1030
Jungle Tracking
Jurulatih
1030-1100
Minum Pagi
AJK Makanan
1100-1230
Mengemas Khemah
Membersih kawasan khemah
AJK Perkhemahan
1230-1300
Makan tengahari
Solat
AJK Makanan
1300-1430
Persiapan untuk balik.
Jurulatih
Semua guru
1430 -1530
Majlis Penutupan dan penyampaian sijil penghargaan
AJK hadiah dan cenderamata
Semua guru


13.1  JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI
13.1.1 Mendirikan khemah
Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi memudahkan pelajar menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan.  Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di samping menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.
13.1.4  Aktiviti riadah (mencari harta karun)
Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar.   Aktiviti ini merupakan aktiviti riadah bagi menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat bekerjasama diantara setiap peserta pelajar.


13.1.5  Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api
Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang.  Dalam aktiviti ini, pelajar didedahkan oleh jurulatih lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa dilakukan dalam setiap aktiviti perkhemahan kanak-kanak.  
13.1.6 Jungle tracking
Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran pelajar.  Di samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.

14.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat.  Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program ini.  Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah disusunatur oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh,                                                              Disahkan oleh,
_______________                                                          _______________
HAMKIDAH BINTI OSMAN                                         YACKUB BIN ABDULLAH
Ketua Unit PBSM                                                             PK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform,                                        Merangkap Naib Pengerusi Perkhemahan

SK Samarahan Estate, Serian                                            SK Samarahan Estate, Serian



08 Februari 2019 (12.40pm)