Dalam entri blog saya kali ini, saya coretkan contoh kertas kerja cadangan bagi program perkhemahan bersepadu unit beruniform sekolah yang saya telah hasilkan bagi aktiviti perkhemahan pada tahun ini. Para pembaca dibenarkan untuk mengambil bahagian yang sesuai untuk dijadikan contoh dalam kertas kerja yang hendak dihasilkan bagi tujuan yang berkaitan.
KERTAS
KERJA CADANGAN BAGI PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SAMARAHAN
ESTATE 2016.
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu
daripada aktiviti pendidikan luar yang kali dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah
sosial yang semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah
kita mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan
diri dalam setiap perkara.
Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Samarahan
Estate, Serian telah merangka sebuah kertas kerja bagi melaksana Aktiviti
Perkhemahan Bersepadu unit berunifrm tahun 2016.. Dengan adanya kerjasama dari
setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan
dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.
2.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2016, SK
Samarahan Estate, Serian.
3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah
i.
Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi
pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
ii. Membina
keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai
suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam
sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
4.0 Objektif
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
i.
Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai
suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu
seperti mengemas khemah, mencuci kasut dan mengurus diri sendiri.
iv.
Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di
dalam hutan di sekitar mereka dsbnya.
5.0 JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI:
En.
Mustapha Hj Reli
(Guru
Besar)
NAIB
PENGERUSI:
En. Yackub Bin Abdullah
Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
KETUA
PROJEK & PENYELARAS KOKURIKULUM:
En. Yackub Bin Abdullah
PENYELARAS
UNIT BERUNIFORM :
En. Damaq Anai
SETIAUSAHA : KETUA UNIT PENGAKAP:
En. Shazzuwan Zakaria Pn.
Suzana Hj Saury
BENDAHARI : KETUA
UNIT PBSM:
Pn. Johani Ameran Pn.
Hamkidah Binti Osman
KETUA
PERKHEMAHAN: PENOLONG KETUA PERKHEMAHAN :
En. Ibrahim Idi
En. Dolyahidi Mat Omar
PERALATAN:
En. Dolyahidi
IBADAH:
En. Shazuwan Zakaria
Cik Nurul Hashikin
Cik Nuridah Binti Battari
DISIPLIN
PESERTA:
Pn. Kamisiyah Adom
Semua guru
|
AKTIVITI:
En. Yackub bin Abdullah
Cik Nuridah Binti Battari
En. Jeremaiah Lingi
KESELAMATAN:
En. Ibrahim Idi
(ketua)
Jaga sekolah
MAKANAN DAN
MINUMAN:
HADIAH DAN CENDERAMATA:
Pn. Suzanna Hj Saury
Pn. Hamkidah Osman Pn. Johani Ameran
Pn. Julia Mat Cik Nor Suhadah Binti Mohd Jamali
Pn. Fatimah Mat Omar Cik Nurhafifi Binti Jamari
Cik Deborah Lanying
Cik Siti Normila Binti Solhi PENDAFTARAN PESERTA:
Cik Veronica Semambu Cik
Siti Normila Binti Solhi
Cik Veronica Semambu
DOKUMENTASI:
Cik Deborah Lanying
Pn. Norlaili Dina Abdullah
En. Jeremaiah Linggi
7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan pada
i. Hari
: Jumaat hingga Sabtu
ii. Tarikh : 22- 23 April 2016
iii. Tempat : Padang
SK. Samarahan Estate, Serian.
iv. Jurulatih : Guru dan kakitangan sekolah.
8.0 SASARAN
PENYERTAAN
Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit
berunifom Pengakap dan PBSM seramai 30
orang dengan penyertaan 15 orang dari setiap unit.
9.0 BAYARAN PENYERTAAN
Peruntukkan PIBG bagi membiayai segala perbelanjaan:
i. Aktiviti
ii. Makan dan minum
iii. Pengurusan dan lain-lain keperluan
10.0 SENARAI TUGAS
1. KETUA PROJEK
a. Membentuk
jawatankuasa
b.
Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk
kepada penasihat
2. PENOLONG KETUA PROJEK
a. Membantu
ketua menjalankan tugas-tugas ketua
3. SETIAUSAHA
a.
Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan
surat-menyurat dan borang
4. BENDAHARI
a. Mengutip,
menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan
segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN
a. Merancang
segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan
segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.
6. PERALATAN
a. Merancang
dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan
segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dalam
keadaan baik seperti asal.
7. KESELAMATAN
a.
Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan
keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil
tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.
8. MAKANAN DAN MINUMAN
a. Merancang
dan menentukan menu makanan
b. Merancang
jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan
urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
9. DOKUMENTASI
a. Mencatat
segala aktiviti yang berjalan
b. Mengambil
foto untuk setiap aktiviti
c.
Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung
dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.
10. IBADAH
a. Memimpin
para peserta solat berjemaah
b.
Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c.
Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.
11. HADIAH DAN CENDERAMATA
a.
Menyediakan hadiah dan cenderamata program.
12. DISIPLIN PESERTA
a. Mengawal
disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.
13. PENDAFTARAN
a. Memastikan
para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b. Menyemak
kehadiran berdasarkan nama.
11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
CATATAN
|
PENERIMAAN
|
|
|
|
Bayaran peserta
|
|
RM 2 500.00
|
|
|
|
|
|
PEMBAYARAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayaran Aktiviti
|
RM 500.00
|
|
|
Makanan dan minuman
|
1500.00
|
|
|
Sewa khemah dan alatan
|
300.00
|
|
|
Pengurusan perkhemahan
dan lain-lain keperluan
|
200.00
|
RM 2 500.00
|
|
12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN
(untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)
Jumaat, (22 April 2016)
|
MENU
|
CATATAN
|
Makan tengahari
|
Nasi putih, ayam masak
kari, sayur goreng, air oren.
|
|
Minum petang
|
Air milo, roti bun
|
|
Makan malam
|
Nasi putih, daging
masak kicap, sayur, air sirap.
|
|
Minum malam
|
Air milo, kuih
|
|
|
|
|
Sabtu,(23 April 2016)
|
||
Sarapan pagi
|
Air milo, nasi goreng,
telur dada
|
|
Minum pagi
|
Air milo, kuih
|
|
Makan tengahari
|
Nasi putih, ayam masak
merah, ikan goreng, sayur , air oren
|
|
Minum petang
|
Air teh, mi goreng, kuih
|
|
13.0
TENTATIF PROGRAM
Jumaat,(22 April 2016)
MASA
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
1000-1030 pagi
|
Pendaftaran
(murid berkumpul di
ruang legar sekolah)
|
AJK Pendaftaran
|
1100-1230 petang
|
Taklimat daripada Ketua
penyelaras
|
Ketua penyelaras
|
1230-1330
|
Makan tengahari
|
AJK Makanan
|
1330-1630
|
1. Taklimat cara-cara
mendirikan khemah.
2. Mendirikan khemah mengikut kumpulan.
|
Ketua dan penolong perkhemahan.
Jurulatih.
|
1630-1700
|
Minum petang.
Solat
|
AJK Makanan
AJK Ibadah
|
1700-1800
|
Aktiviti Riadah
(mencari harta karun)
|
Jurulatih
|
1800-2000
|
Mandi
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
|
AJK Ibadah
|
2000-2100
|
Makan Malam
|
AJK Makanan
|
2100-2200
|
Aktiviti unggun api
|
Jurulatih
|
2200-2230
|
Minum malam
Tidur
|
AJK Makanan
AJK Perkhemahan
|
Sabtu , ( 23 April
2016 )
|
||
MASA
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
0500-0700pagi
|
Bangun, kemas diri
Solat, Kuliah Subuh.
|
AJK Perkhemahan
AJK Ibadah
|
0700-0730
|
Senaman pagi
|
Jurulatih
|
0730-0800
|
Sarapan
|
AJK Makanan
|
0800-1030
|
Jungle Tracking
|
Jurulatih
|
1030-1100
|
Minum Pagi
|
AJK Makanan
|
1100-1230
|
Mengemas Khemah
Membersih kawasan khemah
|
AJK Perkhemahan
|
1230-1300
|
Makan tengahari
Solat
|
AJK Makanan
|
1300-1430
|
Persiapan untuk balik.
|
Jurulatih
Semua guru
|
1430 -1530
|
Majlis Penutupan dan
penyampaian sijil penghargaan
|
AJK hadiah dan
cenderamata
Semua guru
|
13.1 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI
13.1.1
Mendirikan khemah
Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan
khemah akan dilakukan bagi memudahkan pelajar menjalankan aktiviti mendirikan
khemah mengikut kumpulan. Aktiviti ini
menjadi aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi mendedahkan
pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di samping menerapkan nilai
bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.
13.1.4 Aktiviti riadah (mencari harta karun)
Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti riadah bagi
menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat bekerjasama
diantara setiap peserta pelajar.
13.1.5 Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api
Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang. Dalam aktiviti ini, pelajar didedahkan oleh
jurulatih lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa dilakukan dalam
setiap aktiviti perkhemahan kanak-kanak.
13.1.6
Jungle tracking
Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang
tersembunyi di persekitaran pelajar. Di
samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.
14.0
PENUTUP
Diharapkan dengan adanya
penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan insan yang
mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari.
Pihak jawatankuasa telah
sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh
untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah disusunatur oleh pihak penganjur.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_______________ _______________
HAMKIDAH BINTI OSMAN YACKUB BIN ABDULLAH
Ketua Unit PBSM PK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform, Merangkap
Naib Pengerusi Perkhemahan
SK Samarahan Estate, Serian SK Samarahan Estate, Serian
08 Februari 2019 (12.40pm)
tq cikgu...bhn cikgu sangat membenatu saya
BalasPadamSrs?
BalasPadamtq ckgu...sngat mmbantu
BalasPadam