Kek lapis Idola merupakan salah satu daripada jutaan kek lapis yang telah dihasilkan di negeri Sarawak yang sudah sinonim dengan pembuatan kek lapis sejak turun-temurun yang lalu.
Bagi menghasilkan kek idola ini, bahan yang menjadikan kek ini sedap dan lembap adalah gabungan coklat masakan dan milo. Di samping itu, adunan coklat masakan dan milo ini ditambahkan lagi kegelapan ataupun hitamnya lapisan ini dengan penggunaan browning sugar yang agak likat dan berwarna hitam pekat.
Kek Lapis Idola
Bahan A (dipukul sehingga kembang dan putih)
10 biji telur gred A
150 gm gula halus
50 gm ovallate
Bahan B (dipukul sehingga kembang)
450 gm mentega
390 gm susu pekat manis
1 tin serikaya kecil
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
200 gm tpg gandum atau hongkong
200gm horlicks
1 paket santan serbuk
600gm coklat masakan ( saya hanya gunakan 400gm)
50 gm milo
1 botol kecil browning sugar
pewarna kuning
Cara membuatnya:
- Bahan A + bahan B gaul rata-rata. Masukkan bahan C.
- Bahagi adunan kepada 2: Aunan 1: dibahagi 2 + pewarna kuning.
Adunan 2 : masukkan coklat masakan+milo+browning sugar.
- Bakarlah mengguna api atas adunan 1 warna kuning berlapis-lapis sehingga habis diikuti lapisan coklat sehingga habis. Akhir sekali bakarlah adunan warna kuning berlapis-lapis sehingga selesai,
( dilapis mengguna api atas sahaja).
Lapis Idola |
08Februari2016 (1223 pm)
Tenkiu.klak ncobanya!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKmk ada polah juak resepi serupa, harap boleh la tengok resepi kmk dan komen..
BalasPadamhttp://keklapisborong.blogspot.com/2024/10/Resepi-Kek-Lapis-Sarawak-Idola.html
terima kasih banyak